Thursday, 18 October 2012

Minyak pelincir or minyak engine mana yang sesuai??

Aku tengok skarang ni banyak tul minyak engine yang berada di pasaran......pelbagai jenama dan macam-macam gred....Sebelum ni aku selalu hantar je kereta kt bengkel untuk servis dan inform dia kata nk guna minyak fully syn yg boleh tahan 10,000km..Aku xpernah amik port sgt psl kelikatan minyak tu samada 5w-40, 10w-40,5w-50,10w-50 or 10w-60.....Bagi aku "as long fully syn everything should be ok"...huhuhu....Tetapi kebelakangan ini banyak article dan review yang aku baca pasal minyak pelincir ni..rupanya walaupun semua Fully Syn teapi ada perbezaannya......

SAE J300 telah menetapkan sebelas nilai Kelikatan bagi minyak Single-Grade, di mana enam daripadanya diklasifikasikan sebagai Winter-grades dan diberi penunjuk W. 11 nilai kelikatan itu adalah nilai 0W, 5W, 10W, 15W, 20W, 25W, 20, 30, 40, 50, dan 60. Angka-angka ini sering disebut sebagai 'weight' bagi minyak enjin.

Perbezaan penunjuk dengan W (winter grade) dan tanpa W (non- winter grade) adalah mengikut perbezaan jenis ujian kelikatan pada minyak. Pada asasnya lebih tinggi kelikatan minyak maka lebih tinggi grad kelikatan pada SAE.

Boleh dikatakan kadar julat suhu minyak pada kebanyakan enjin seperti di Malaysia adalah luas, jarak julat suhu enjin sejuk sehingga suhu panas

Untuk menjadikan sesuatu minyak itu Multi Grade, bahan adiktif dimasukkan.
Matlamat sebenar penghasilan minyak Multi-Grade adalah mewujudkan asas kelikatan minyak untuk ketika enjin sejuk dan kelikatan kedua yg sesuai untuk ketika enjin beroperasi yang berada dalam keadaan panas. Ini membolehkan minyak itu digunakan dalam keadaan suhu yang berbeza. Malahan ia juga dipanggil ‘all-season oil’. Pada asasnya kadar kelikatan minyak Multi-Grade bergantung pada keadaan asal semulajadi minyak itu sendiri dan jumlah aditif yang ditambah pada minyak.

SAE pada minyak Multi-Grade merangkumi 2 grad kelikatan minyak; contohnya pada 10W-30. Dua nombor tersebut pada dasarnya dianggap oleh SAE J300 sebagai dua minyak Single-Grade. Oleh itu, minyak 10W-30 mesti melepasi pengkelassan kelikatan SAE J300 untuk kedua-dua 10W dan 30, dan kelikatan minyak Multi-Grade 10W-30 itu terbatas dalam kadar kepekatan itu sahaja (contohnya 10W-30 tidak boleh mencapai kelikatan 5W).

Setakat ini aku berasa selesa dan berpuas hati dengan menggunakan minyak multi grade 10W-50 keluar Xra Power Motor Oil yang diperkenalkan oleh kawan aku. Pada mulanya aku agak ragu-ragu nak gunakan minyak tersebut pada "Bimmer" kesayangan aku. Dah ler ni first time aku DIY tukar engine oil, agak cuak gak..huhuhu....Setelah 3 hari aku menggunakan minyak tersebut mmg terasa perbezaan. Engine rasa smooth je dan x rasa pressure or paksaan kalau aku tekan paddle minyak tu.Rasa ringan je dan aku tgk OBC kt kereta aku jugak berubah.sebelum ini untuk pergi sejauh 100km, kereta aku menggunakan 13.7L tetapi skarang hanya menggunakan 11.6L untuk pergi sejauh 100km....Aku amat berpuas hati dan sehingga kini masih pakai lagi minyak tu..


Xra Power Motor Oil Fully Syn : RM 137 nett


 Engine kereta aku ni inline-6 (6 potters) jadi pakai 7L minyak pelincir. Terpaksa la aku beli 2 botol...huhuhu
 Taukey minyak tengah tolong re-fill engine oil kereta aku...Thank you Big Boss...hahahaha
 Packaging Baru Xra Power Engine Oil
Aku siap beli buku cara-cara nk DIY ni...tak silap aku buku ni pun harga agak mhl dalam RM150..Dah sama dengan harga minyak...Tapi xpele since aku baru pakai "Bimmer" ni jd banyak benda yang nk kena tau..Lagipun aku tkt kena ketuk dengan mekanik-mekanik yang berpendapat asal pakai BMW je orang tu banyak duit dan harga kena le tekan "Kaw2"......Ini pengetahuan korang, minyak ni gak bersesuai dengan BMW yang menggunakan magnesium engine- 5series E60... klau korang pakai minyak 10w40 utk magnesium engine, setelah beberapa ribu KM berjalan, minyak akan berkurang dan korang kena top up..Tapi kalu minyak 10w-50,5w-50 or 10w-60 mmg sesuai utk engine tu dan korang tak perlu risau masalah kekurangan minyak hitam/ minyak pelincir.....

Further info psl minyak ni korang leh msg/whatsapp member aku :017-2014057

Modifikasi atau penyelenggaraan lebih penting?







Modified (modifikasi) kereta mmg seronok tapi kalau kereta dh cantik tapi kereta tersadai tak best gak....:-(

Bagi aku sebelum korang modified kereta, lebih baik utama penyelenggaraan kecuali kalau kereta yang korang beli tu memang brand new.

Penyelenggaran asas yang perlu dilakukan:
- Tukar minyak pelincir (engine oil) setiap 5,000km(Mineral Engine), 6,000km (Semi Syn) dan 10,000km (Fully Syn).
- Oil Filter ditukar bersama-sama minyak pelincir.
- Air filter setiap 10,000km kecuali kalau korang pakai K&N drop in air-filter
- Check air bateri kalau korang tak pakai free maintenance bateri. Bagi yang pakai free maintenance bateri pulak, aku cadangkan tukar bateri max. setiap 2 tahun bagi mengelakkan kereta korang daripada tak boleh "start" di tempat-tempat yang tidak diingini....
- Check palam pencucuh (Spark Plug)
- Tukar minyak transmission setiap 20,000km dan pasti minyak transmission yang digunakan bersesuai dengan gearbox kereta tersebut.Contoh nyer seperti Gearbox BMW ZF 5hp19, minyak ATF yang sesuai ialah ZF Lifeguard 5.
- Check sukatan coolant & check jika ada sebarang kebocoran (leaking).
- Bagi kereta "rear wheel drive", check gak "rear axle oil"
- Kalau ada sebarang masalah mungkin kereta korang patut di diagnose oleh bengkel-bengkel yang mempunyai alat "diagnose" yang sesuai.....

Pesanan kepada semua pembaca kalau kereta korang mati engine secara tiba2 disebabkan suhu meningkat atau lampu "check engine" nyala, jangan sesekali cuba juga untuk hidupkan engine anda berulang kali. Ini boleh menyebabkan kerosakan yang lebih besar (major damage).

Sila dapat kan khidmat towing dari syarikat insurans kereta korang (skarang ni banyak syarikat insurans tawarkan khidmat tunda jugak) or telefon mekanik yang korang kenal....

BMW 3 Series Model E46 masih menjadi pilihan


Pre-facelift model (1998-2001)
BMW 3 series E46 merupakan generasi ke-4 selepas model E36..Model ini mempunyai 3 variasi iaitu Sedan, Compact (2pintu), Coupe (2 pintu), Cabriolet/Convertible (2pintu dan soft top) dan Stationwagon..Model ini mula di perkenalkan pada tahun 1998 di luar negara (Europe) dan di Malaysia pada awal tahun 1999. Antara jenis engine / jentera yang menjadi pilihan ialah:

318i /ci - Engine : M43TUB19 (1895cc inline 4) til 2001
320i/ci - Engine : M52TUB20 (1991cc inline 6)
318i/ci 2.0 - Engine : N42B20 / N46B20 (1995cc inline 4 valvetronic)
320i/ci 2.2 - Engine : M54B22 (2171cc inline 6)
323i/ci - Engine : M52TUB25 (2494cc inline 6) til 2000
325i/ci - Engine : M54B25 (2494cc inline 6)
328i/ci - Engine: M52TUB28 (2793cc inline 6) til 2000
330i/ci - Engine: M54B30 (2979cc inline 6)
M3 / M3 CSL - Engine : S54B32 (3246cc inline 6)
M3 GTR - Engine S54B40 (3997cc V8)


Facelift model bermula 2002-2006

Aku tgk skarang ni banyak betul E46 di atas jalan raya.Gi mana-mana pun mesti nampak E46.Bagi aku model 3 series paling smart dan menawan ialah model ni. Aku sendiri pun telah berjaya memiliki sebiji E46 Double Vanos.Model Engine??Rahsia.....hehehe..

Walaupun sesetengah orang kata pada aku," wei, nampak ko beli besi buruk ni?org dh xpkai BMW model ni"..Bagi aku E46 ni masih lg sesuai untuk era ini dan kereta ni solid walaupun dh lama....masa 1st time aku drive E46 aku di lebuhraya, aku rasakan kereta ni stabil and kukuh......

Skarang ni model E46 boleh dpt dalam harga sekitar RM40k-RM100K bergantung pada tahun, condition kereta dan modifikasi yang telah dibuat pada kereta tersebut..tetapi bg model E46 M3,harganya masih RM100K++...Teringin gk aku tgk M3 tu tapi harga mahal sgt n xtahan nk bayar roadtax..hahahahaha....

E46 2nd hand ni memang murah tetapi korang kena ingat, kalau dah beli 2nd hand car, kena la sediakan sikit duit untuk tukar "wear & tear parts". Maklum jeler kereta yang korang akan beli tu usia nya pun dh melebihi 6 tahun...

Aku suggestion kan pada sesiapa yang berminat dengan model ni, elakkan dari beli model valvtronic 318i 2.0 tu sbb tu engine paling bermasalah..Kalau boleh angkat yg "Engine Inline 6" supaya tak "underpower". Kalau angkat 318i 1.9 tu mungkin untuk bergaya boleh, tapi kalau kena cucuk dengan Honda Civic or Proton Inspira jangan marah ye...hihihi:-)














Nanti aku akan kongsi dengan korang bengkel-bengkel mana yang sesuai untuk hantar bimmer (BMW) korang and kat mana nak dapatkan alat ganti kereta korang dengan harga berpatutan.......

Sedikit Sejarah Tentang BMW

"Bayerische Motoren Werke" atau dalam Bahasa Inggeris nya Bavarian Motor Works (BMW) merupakan organisasi automotif yang berasal dari German. BMW ditubuhkan oleh Franz Josef Popp pada 1916. BMW AG merupakan perusahaan utama dalam pembuatan kereta model BMW, Mini dan Rolls Royce.

Setakat tahun 2011, penjualan model-model kereta BMW (termasuk Mini dan Rolls Royce) hampir mencecah 1.5juta jualan.....Di Malaysia, BMW Group Malaysia bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pemasangan model-model kereta BMW yang dipasang siap di kilang pemasangan yang terletak di Kulim, Kedah. Kilang tersebut mampu mengeluarkan 5,000 unit kereta setahun....


Intro.....

Hello kepada semua bimmerian dan sesiapa yg membaca blog ini....Ini antara blog dalam versi Bahasa Melayu tentang BMW dan teknikal-teknikal isu berkaitan dengan kereta...Hopefully korang akan support blog ni...tq.....