Thursday 18 October 2012

Modifikasi atau penyelenggaraan lebih penting?







Modified (modifikasi) kereta mmg seronok tapi kalau kereta dh cantik tapi kereta tersadai tak best gak....:-(

Bagi aku sebelum korang modified kereta, lebih baik utama penyelenggaraan kecuali kalau kereta yang korang beli tu memang brand new.

Penyelenggaran asas yang perlu dilakukan:
- Tukar minyak pelincir (engine oil) setiap 5,000km(Mineral Engine), 6,000km (Semi Syn) dan 10,000km (Fully Syn).
- Oil Filter ditukar bersama-sama minyak pelincir.
- Air filter setiap 10,000km kecuali kalau korang pakai K&N drop in air-filter
- Check air bateri kalau korang tak pakai free maintenance bateri. Bagi yang pakai free maintenance bateri pulak, aku cadangkan tukar bateri max. setiap 2 tahun bagi mengelakkan kereta korang daripada tak boleh "start" di tempat-tempat yang tidak diingini....
- Check palam pencucuh (Spark Plug)
- Tukar minyak transmission setiap 20,000km dan pasti minyak transmission yang digunakan bersesuai dengan gearbox kereta tersebut.Contoh nyer seperti Gearbox BMW ZF 5hp19, minyak ATF yang sesuai ialah ZF Lifeguard 5.
- Check sukatan coolant & check jika ada sebarang kebocoran (leaking).
- Bagi kereta "rear wheel drive", check gak "rear axle oil"
- Kalau ada sebarang masalah mungkin kereta korang patut di diagnose oleh bengkel-bengkel yang mempunyai alat "diagnose" yang sesuai.....

Pesanan kepada semua pembaca kalau kereta korang mati engine secara tiba2 disebabkan suhu meningkat atau lampu "check engine" nyala, jangan sesekali cuba juga untuk hidupkan engine anda berulang kali. Ini boleh menyebabkan kerosakan yang lebih besar (major damage).

Sila dapat kan khidmat towing dari syarikat insurans kereta korang (skarang ni banyak syarikat insurans tawarkan khidmat tunda jugak) or telefon mekanik yang korang kenal....

No comments:

Post a Comment