Monday, 29 October 2012

4 X Fancy Valve Tire Wheel Decorated Caps With One Wrench Keychain Fit For Bmw (Pre-order)




A brand-new and fit all most BMW Model 




Features:
  • Quantity : 1 set (4 caps,1 wrench)
  • Material : Stainless Steel Alloy
  • Type : Car Tire Valve Stem Caps
  • Valve cap:12mm x 8mm        Wrench Keychain length:95mm
  • They are universal and fit all most car
  • Gasket inside ensure valve sealing
  • Our Valve Stem Caps add the finishing touch to your wheels
  • Easiest way to decorate your wheel. Just screw it on,The wrench is included.
Price : RM 70
Contact : 017-201 4057 (sms/viber/whatsapp/LINE)






Saturday, 27 October 2012

E46 accessories & aftermarket products (pre-order)

BMW E46 accessories & aftermarket products (pre-order):

M-sport 3 spoke steering with airbag for E46/E39/E39/E53 (used item but still in good condition same like buy from chop shop)
Price : RM 2,650 nego


BMW 3 spoke steering with airbag for E46/E39/E39/E53 (used item but still in good condition same like buy from chop shop)
Price : RM 1,730 (nego)


M3 Side Fender Vent Grill for E46 & E39
Price : RM 270 (nego)




Stainless Steel Exhaust Header for BMW E46 3 Series 99 00

Product Features:
  • 100% Brand New in Box
  • Header Made with High Quality Stainless Steel with CNC Mandrel-Bent tubing- Gasket Included(If Shown on Pic)
  • Fast Air Flow Design Combine with the Exhaust System Provides Instant Preformance Upgrade
  • Increase 10-16 Horse Power and Torque
  • Direct Bolt on, No Modification Needed
  • Everything Shown in Pic

--Specification--
Make/Year: BMW E46 3 Series 1999 2000
Model: 323i, 328i, 323is, 328is, 323ic, 328ic, 323Ci, 328Ci
Engine: 2.5L/2.8L V6/6 Cylinder
Spec: 6-2-1 2pcs
Inlet/Outsize Size: 2.0"/2.25
O2 Sensor Hole: 4/Four
Note: Fit BMW E39 5 Series 525i, 528i 96-00 or Z3 96-01
Price : RM 1,050 (nego)

All item is pre-order and deposit of RM 100 required
Item will arrived around 2-3 weeks. Balance pay during COD

COD Loc : Ampang Point / The Mines / Mcd Bdr Tun Hussein Onn, Cheras / Shah Alam (weekend) / Sunway (weekend)

For customer outside Klang Valley (KL&Selangor) item can be purchased by make full payment and item will be sent direct to your place via courier

Friday, 26 October 2012

Steering mana yang menjadi pilih anda??

BMW E46 kebanyakannya didatangi dengan steering 4 batang a.k.a 4spoke with airbag..tetapi ramai yang telah mengubahsuainya dan menggunakan steering 3 batang a.k.a 3 spoke dari model Msport or M3..Berikut adalah jenis-jenis steering yang sesuai untuk E46 anda semua......










Steering-steering ini boleh didapati di kedai-kedai potong yang menjual barangan terpakai BMW atau membelinya melalui www.ebay.com.my

Sebenarnya kalau korang beli kt ebay lebih murah berbanding beli kt kedai potong or kt mudah.com tapi korang xboleh nk tgk secara live le klau beli dr ebay ni..bagi aku,aku still prefer beli dari ebay....

Sebelum korang beli, pastikan steering tersebut bersesuaian dengan model kereta korang dan korang dh kenal pasti bengkel mana yang boleh memasang steering yang korang baru beli tu..

Harga untuk steering tersebut diantara RM900-RM4,000 depends pada design,model dan alat tambahan seperti "paddle shift".

Buat pilihan yang bijak k:-)

Tq

Selamat Hari Raya Aidiladha.........

Tuesday, 23 October 2012

E46 : Coupe or Sedan?



Dalam pemilihan model E46 ni, biasanya aku tgk org akan beli Sedan or Coupe..Cabriolet/ Convertible & Touring (Station Wagon) ada gk aku tgk org pakai tapi "rare species"...



4 pintu a.k.a sedan




2 pintu a.k.a Coupe

Kalau dari segi luaran mmg perbezaan ketara yg kita nampak ialah jumlah pintunya, perbezaan lampu sisi dan fender sisi..perbezaan pada bumper hanya dpt dilihat kalau kenderaan tersebut masih dlm keadaan standard tapi kalau dh modified mmg xnampak sgt perbezaan dari segi bumper sbb biasanya owner E46 akan tukar bumper M3 or M-tech II (Msport)..Dari segi engine, model "coupe" dan "sedan" mempunyai pilihan engine yg sama iaitu (pre-facelift)- 318,320,323,328 & (facelift) 318,325,330.

Perbezaan "coupe" dan "sedan" yg tidak terlalu ketara ia panjang dan lebar nya iaitu :

Panjang
Sedan : 4,470 mm
Coupe: 4,478 mm

Lebar
Sedan : 1,740mm
Coupe: 1,758 mm

Walaupun model "coupe" lebih panjang dari "sedan" tetapi bagi yg berkeluarga sudah tentulah sedan menjadi pilihan kerana keselesaan dan mudah untuk masuk ke dalam kereta. Bagi yg berjiwa muda atau masih muda atau berjiwa "sporty", sudah pasti "coupe" menjadi pilihan....

Kalau korang memiliki E46 coupe, sudah pasti korang boleh convert E46 coupe 100% mcm M3 (replica) dan agak sukar untuk org membezakan luarannya tetapi bg pemilik E46 sedan, mcm mana korang convert kereta korang mcm M3 (replica) pun org masih akan tau yg model kereta korang bukan original M3 sbb E46 M3 hanya mempunyai model coupe sahaja...hehehehehe

Aku sendiri pakai E46 Sedan & skarang ni dh terasa mcm nk tukar pada model coupe plak..tetapi memandangkan sudah mempunyai keluarga, jd akan susah utk aku memiliki kereta dua pintu..huhuhu...

Pada korang diluar sana yang masih "survey" dan mencari-cari E46, buatlah pilihan betul-betul..tapi ingat!!coupe ni limited skit di pasaran berbanding sedan.....

Chow.......:-)

Sunday, 21 October 2012

Friday, 19 October 2012

Bodykit oh bodykit utk E46.......

Terdapat pelbagai bodykit untuk BMW E46 di pasaran dan juga pelbagai material (FRP,PU,ABS).....Antara bodykit yang top di pasaran untuk BMW E46 ialah bodykit M3, M3 CSL & M-tech II.

Bumper Depan M3 E46

Bumper Belakang M3 E46
 Bumper Depan M3 CSL


Bumper Belakang M3 CSL (ada diffuser belakang bahagian ekzos)

Bumper Depan M3 CSL II (perbezaan dgn CSL hanya pada diffuser/ lip depan) 

 Bumper Depan M-tech II
 Bumper Belakang M-tech II
Full set M-tech II

Kebanyakan E46 yang aku tengok mesti memilih bodykit seperti di atas tetapi jarang tul aku nampak yang pakai bodykit M-tech I ni :
Bumper M-tech I ni jarang-jarang aku nampak tapi biasanya kalau nampak mesti E46 Japan Spec.hmmm..nape tak ramai yang pakai bumper ni ye?mungkin x nampak garang or ranggi kot?hehehe

Budget sesuai utk pengubahsuaian bodykit seperti di atas adalah seperti berikut:

Bodykit M3 (bumper depan, belakang dan skirting tepi) : RM1,500-RM3,000 (anggaran)- kalau bumper belakang CSL mahal sikit...

Side mirror : RM 950 - RM 1400 (anggaran). Side mirror korang boleh pilih nk msuk replica M3 or M6


 Replica M3 side mirror
 Replica M6 side mirror w signal (kalau aku,aku xpilih side mirror ni sbb nampak sgt x ori. BMW xpernah ada side signal kt side mirror..huhuhuhu)
 Replica M6 (yang ni ok sikit...nampak ler segak sikit..hahaha)

AC Schnitzer side mirror (leh beli ori or replica tapi kalau ori x dpt bang harga bwh RM1,500 tu). Side mirror AC ni lawa tetapi kecil mirror nya.....

Roof spoiler : RM90 -RM 500 (anggaran) (bergantung pada material Fiber/FRP/PU/ABS/Carbon Fiber)




Trunk spoiler : RM90- RM800 (anggaran) (bergantung pada material Fiber/FRP/PU/ABS/Carbon Fiber)








 Front diffuser : RM500- RM1,000  (anggaran) (bergantung pada material Fiber/FRP/PU/ABS/Carbon Fiber)




Ubahsuai yang dibuat boleh menampakkan kereta korang cantik dan seperti baru semula...tetapi pape pun korang pastikan engine,gearbox dan alat2 lain dalam keadaan baik sebelum korang berbelanja untuk ubahsuai (modify) E46 korang.....Sorry ler focus minggu ini lebih pada E46..kepada pembaca yang mempunyai kereta model lain, lps ni aku mungkin akan mula mendedahkan informasi tentang kereta model lain plak.......Chow Chin Chow.....:D

Thursday, 18 October 2012

Minyak pelincir or minyak engine mana yang sesuai??

Aku tengok skarang ni banyak tul minyak engine yang berada di pasaran......pelbagai jenama dan macam-macam gred....Sebelum ni aku selalu hantar je kereta kt bengkel untuk servis dan inform dia kata nk guna minyak fully syn yg boleh tahan 10,000km..Aku xpernah amik port sgt psl kelikatan minyak tu samada 5w-40, 10w-40,5w-50,10w-50 or 10w-60.....Bagi aku "as long fully syn everything should be ok"...huhuhu....Tetapi kebelakangan ini banyak article dan review yang aku baca pasal minyak pelincir ni..rupanya walaupun semua Fully Syn teapi ada perbezaannya......

SAE J300 telah menetapkan sebelas nilai Kelikatan bagi minyak Single-Grade, di mana enam daripadanya diklasifikasikan sebagai Winter-grades dan diberi penunjuk W. 11 nilai kelikatan itu adalah nilai 0W, 5W, 10W, 15W, 20W, 25W, 20, 30, 40, 50, dan 60. Angka-angka ini sering disebut sebagai 'weight' bagi minyak enjin.

Perbezaan penunjuk dengan W (winter grade) dan tanpa W (non- winter grade) adalah mengikut perbezaan jenis ujian kelikatan pada minyak. Pada asasnya lebih tinggi kelikatan minyak maka lebih tinggi grad kelikatan pada SAE.

Boleh dikatakan kadar julat suhu minyak pada kebanyakan enjin seperti di Malaysia adalah luas, jarak julat suhu enjin sejuk sehingga suhu panas

Untuk menjadikan sesuatu minyak itu Multi Grade, bahan adiktif dimasukkan.
Matlamat sebenar penghasilan minyak Multi-Grade adalah mewujudkan asas kelikatan minyak untuk ketika enjin sejuk dan kelikatan kedua yg sesuai untuk ketika enjin beroperasi yang berada dalam keadaan panas. Ini membolehkan minyak itu digunakan dalam keadaan suhu yang berbeza. Malahan ia juga dipanggil ‘all-season oil’. Pada asasnya kadar kelikatan minyak Multi-Grade bergantung pada keadaan asal semulajadi minyak itu sendiri dan jumlah aditif yang ditambah pada minyak.

SAE pada minyak Multi-Grade merangkumi 2 grad kelikatan minyak; contohnya pada 10W-30. Dua nombor tersebut pada dasarnya dianggap oleh SAE J300 sebagai dua minyak Single-Grade. Oleh itu, minyak 10W-30 mesti melepasi pengkelassan kelikatan SAE J300 untuk kedua-dua 10W dan 30, dan kelikatan minyak Multi-Grade 10W-30 itu terbatas dalam kadar kepekatan itu sahaja (contohnya 10W-30 tidak boleh mencapai kelikatan 5W).

Setakat ini aku berasa selesa dan berpuas hati dengan menggunakan minyak multi grade 10W-50 keluar Xra Power Motor Oil yang diperkenalkan oleh kawan aku. Pada mulanya aku agak ragu-ragu nak gunakan minyak tersebut pada "Bimmer" kesayangan aku. Dah ler ni first time aku DIY tukar engine oil, agak cuak gak..huhuhu....Setelah 3 hari aku menggunakan minyak tersebut mmg terasa perbezaan. Engine rasa smooth je dan x rasa pressure or paksaan kalau aku tekan paddle minyak tu.Rasa ringan je dan aku tgk OBC kt kereta aku jugak berubah.sebelum ini untuk pergi sejauh 100km, kereta aku menggunakan 13.7L tetapi skarang hanya menggunakan 11.6L untuk pergi sejauh 100km....Aku amat berpuas hati dan sehingga kini masih pakai lagi minyak tu..


Xra Power Motor Oil Fully Syn : RM 137 nett


 Engine kereta aku ni inline-6 (6 potters) jadi pakai 7L minyak pelincir. Terpaksa la aku beli 2 botol...huhuhu
 Taukey minyak tengah tolong re-fill engine oil kereta aku...Thank you Big Boss...hahahaha
 Packaging Baru Xra Power Engine Oil
Aku siap beli buku cara-cara nk DIY ni...tak silap aku buku ni pun harga agak mhl dalam RM150..Dah sama dengan harga minyak...Tapi xpele since aku baru pakai "Bimmer" ni jd banyak benda yang nk kena tau..Lagipun aku tkt kena ketuk dengan mekanik-mekanik yang berpendapat asal pakai BMW je orang tu banyak duit dan harga kena le tekan "Kaw2"......Ini pengetahuan korang, minyak ni gak bersesuai dengan BMW yang menggunakan magnesium engine- 5series E60... klau korang pakai minyak 10w40 utk magnesium engine, setelah beberapa ribu KM berjalan, minyak akan berkurang dan korang kena top up..Tapi kalu minyak 10w-50,5w-50 or 10w-60 mmg sesuai utk engine tu dan korang tak perlu risau masalah kekurangan minyak hitam/ minyak pelincir.....

Further info psl minyak ni korang leh msg/whatsapp member aku :017-2014057